Tuesday, January 25, 2011

HARI RAYA 2010 PERLIS






Ini gambar suku sakat keluarga dan adik beradik saya di Kampung Semadung, Bukit Kedak dekat dengan Empangan Timah Tasuh di Jalan Kaki Bukit Kangar, Perlis. Bapa saya sudah meninggal setahun yang lalu, hanya ibu dan adik perempuan saya Rohana yang masih tinggal di teratak lama ini. Kawasan lembah subur ini di kepung oleh bukit bukit batu kapur dan di sini juga terkenal dengan kawasan dusun buah buahan, Kebun getah dan kebun Honey Dew, Tembikai,Sawi, Salat, Cempedak, Anggur Malaysia dan buah Mangga Harum Manis. Oleh kerana kawasan ini berbukit bukit ia merupakan tanah lembah yang sangat subur dan udaranya sangat menyegarkan. Air yang keluar membuak buak dari dalam bumi di sini merupakan air maneral yang asli. Ketika bangun pagi kita akan dapat menikmati suasana segar kabus tebal di daerah perbukitan. Ketika senja kita akan dapat mendengar riuh rendah bunyi burung puyuh hutan serentak bersahut sahutan.

3 comments:

muraisenja said...

salam bang.... lama tak update.. sibuk ke?? kampung kt mana ni bang... saya pun lama dah tak balik kg bz skit...last balik raya puasa tahun lepas

GHAFAR BAHARI said...

Salam Murai Senja ini kampung saya Kampung Semadung Bukit Kedak,tidak jauh dari Empangan Timah Tasuh, Kangar, Perlis.

khairy said...

nak tanyer...masa banjir hari tu..2010..kampung semadung kna teruk ke atau free flood...