Tuesday, January 25, 2011

BAKAR BAKAR AYAM DI ULU YAM.


































Bersantai berkhemah bersama keluarga dan rakan anak anak di hari minggu sangat mengembirakan. Bakar daging, ayam dan ikan. Selepas makan, turun mandi manda di sini memang sungguh menyegarkan, air dari kawasan bukit dan hutan Ulu Yam ini memang sejuk dan jernih.Terasa damai dan jauh dari kesibukan kota memang menjadi salah satu tempat tumpuan yang indah dan sangat digemari. Anak anak ikan dan udang berenang bebas di celah celah batu.Kalau bijak berikhtiar carilah penyauk atau bakul yang mungkin boleh jadi alat terbaik untuk menangkapnya. Sementara itu tidak jauh dari sini terdapat sebuah tasik yang luas dikenali sebagai Dam Batu, tempat ini memang popular dan menjadi tempat para pemancing mencuba nasib.Kadang kadang mereka memancing hingga jauh malam, tempat ini boleh dikatakan selamat juga kerana di sini pasukan keselamatan ada yang membuat rondaan pada waktu makam hari.

HARI RAYA 2010 PERLIS






Ini gambar suku sakat keluarga dan adik beradik saya di Kampung Semadung, Bukit Kedak dekat dengan Empangan Timah Tasuh di Jalan Kaki Bukit Kangar, Perlis. Bapa saya sudah meninggal setahun yang lalu, hanya ibu dan adik perempuan saya Rohana yang masih tinggal di teratak lama ini. Kawasan lembah subur ini di kepung oleh bukit bukit batu kapur dan di sini juga terkenal dengan kawasan dusun buah buahan, Kebun getah dan kebun Honey Dew, Tembikai,Sawi, Salat, Cempedak, Anggur Malaysia dan buah Mangga Harum Manis. Oleh kerana kawasan ini berbukit bukit ia merupakan tanah lembah yang sangat subur dan udaranya sangat menyegarkan. Air yang keluar membuak buak dari dalam bumi di sini merupakan air maneral yang asli. Ketika bangun pagi kita akan dapat menikmati suasana segar kabus tebal di daerah perbukitan. Ketika senja kita akan dapat mendengar riuh rendah bunyi burung puyuh hutan serentak bersahut sahutan.